facebook twitter googleplus instagram

Saturday 14 December 2013

Innocent

Assalamualaikum.

Lama dah ambe tak ke mari.

Hari ini kita nak cerita pasal zaman innocent yang pastinya bersih dari freemason dan juga nonsense.

Jadi semua orang pun ada zaman innocent masing2. Aku bukan alien, maknanya aku tak terkecuali.

Macam aku, apa yang aku ingat pada zaman ni ialah :

1. Aku bersila main ceper dalam kelas.
2. Aku guna bekas video tape tu buat pencil case. (Eleh, bukan aku sorang)
3. Aku panjat monkey rack dengan baju kurung.(Rare kot!)
4. Aku ... okay masa dah tamat.

Sesungguhnya sebagai makhluk yang pernah melalui zaman ini, aku terasa terpanggil untuk memberitahu atau menegakkan benang yang basah terhadap mereka2 yang duk gelak bila kawan2 dia orang buat rapat umum cerita pasal zaman kecil2 dia orang.

Hang nak tahu apa respon dia orang?

"Aku tak main arr ceper ni. Aku dulu main sahiba, okay! (poyo bak hang!)

"Kau perempuan pun main ceper ke? Itu permainan budak lelaki lah." (Habis yang budak lelaki main kahwin2 dengan hang tu apa cerita?)

"Wow! Agak2 la pkai baju kurung panjat monkey rack. Malu wey!" (Malu konon, hang dok asrama pun ngompol lg. Xmalu pulak?)

Come on la! Semua orang berhak untuk mengimbau zaman2 innocent ni dan tolonglah jangan menafikan zaman innocent korang yang superduper mahal, tak boleh beli mana2 tau.

Jadi pesanan dari aku yang juga innocent suatu ketika dahulu. Hargai kenangan muda mudi kala.

Wassalam.

Pencicit,
annehanim

The Coincidence

Assalamualaikum

Selamat petang Sabtu.
Alhamdulilah setelah sekian lama hujan menyembah bumi, lalu hari ini matahari kunjung tiba.

nampak gambar bawah ni. Ini lah yang dinamakan kebetulan bila dua manusia membincangkan tentang dua orang yang superhebat dalam hidup mereka.

Baca Kisah Si Diary tentang Pengorbanan Besar Seorang Ibu  dan

Baca Annehanim's Site tentang Ayah yang SuperDuper Protective.



Heeee.

Wassalam



Pencicit
annehanim

Friday 13 December 2013

Ayah, Abah, Abi, Walid, Papa, Baba etc.

Assalamualaikum.

Malam semua.


Malam gelap bulan mengambang nak cerita pasal tajuk dekat atas tu.

Entri ni akibat dari kisah yang beberapa lama aku rasa sudah menghantui namun baru malam ni aku rasa terkesan.


walaupun dah umur angka 2 dekat depan pun, masih lagi perlu minta kebenaran dari ibu bapa kan? memang la kita dah cukup matang, dah boleh buat keputusan sendiri dan dah boleh jadi laki/bini orang. Jadi dalam bab ni biasanya apa-apa semuanya lebih kepada ayah yang buat keputusan.


Al-kisah seorang ayah yang protective tahap Kaspesky, Avira, Norton pun kalah!
Ini antivirus Superduper secured!
Tak boleh beli dekat mana2!


Drama sebabak

"Yah, kita orang plan nak pergi Genting Highlands."

"Hang nak pergi dengan sapa? Naik apa?"

"Budak bilik. Naik kereta sewa."

"Sapa drive? Semua pompuan je ke pergi?"

"Temah drive. Haah semua pompuan."

"Hang hati-hati. Jangan suka sangat."

Ni kira lepas dah separuh azab macam jawab soalan dalam bilik gelap dengan mentol seketul atas kepala. Ini lagi hebat punya penangan dari gabra akad nikah kot!

Hang rasa, hang dah lepas. Tapi hang tak tau apa maksud ayat terakhir beliau. Tup..tup..tup baru 3 minit end call. Beliau dah call lagi.

"Haaa! Hang naik kereta sewa tu cari yang elok sikit. Hang kena tau ni:


  • Tayar kena cukup angin, kiraan matrix/psy kena betul. 
  • air jangan lupa tengok ada tak, jangan bukak masa panas. Menyembur kena muka nanti, turun hantaran.
  • ait wiper pun check jugak
  • balik awal jangan dah malam baru nak balik. macam2 boleh jadi.
  • berhenti dekat R&R yang ramai orang.
  • Tayar spear jangn lupa check jugak.
  • Hang salin nombor balai polis berdekatan, kalau dah buntu sangat call 999. 
"Baik." (end call)


Hang tunggu 3 minit lagi. beliau call lagi.

"Hang habak kat kawan jalan nak pergi tu bersimpang siur. hati2."

"Baik. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."


Masa ni hang fikir beliau betul2 nak hang selamat pergi balik. Tapi kalau dah masuk sampai 5 kali call, itu maknanya beliau tak nak hang pergi!

Biasalah, fitrah mak ayah. Naluri mereka ni kuat. Kalau mereka kata jangan, maka janganlah. Tapi kalau mereka kata jangan, maka hang pun buat. Wow! tak berani cakap arrr.

Nak dijadikan cerita. Esoknya tu Jenab dapat tahu bahawa ada satu kemalangan tragis berlaku di Genting Highlands, di mana bas genting yang duk dekat pekeliling angkut orang naik genting tu! terjunam ke bawah bukit. 

Hamek! masa tu baru hang tau langit tinggi ke rendah.



Pengajaran dari kisah. Dengar cakap ayah hang! beliau adalah lelaki yang memang superduperpower!


Apa pun yang berlaku. Seteruk mana pun beliau, beliau tetap ayah.









Pencicit,
annehanim



Saturday 7 December 2013

1 Kejahilan tidak patah dengan Infiniti Kebaikan

Assalamualaikum.

Happy Sunday.

Alhamdulillah, syukur. Hari ni lokasi aku tidak hujan, langit hitam tidak kelihatan, sesekali matahari menjengah dan renyai juga tidak bertamu.

In Shaa Allah, esok aman ke kelas seperti biasa.

Jump to the title for today.

Bukan nak cerita pasal infiniti cinta, tapi nak cerita pasal lain yang ramai orang tak sedar atau mungkin sedar tapi buat-buat tak sedar.

Nampak tajuk atas tu?

Jadi apa makna infiniti?
Infiniti ialah:


  • Tiada batasnya, unlimitedness, growing without limits or bounds, uncountable numerical value, tiada kesudahan, tiada maksima dan tiada penghujungnya. bla...bla...bla

Mari kita berfikir sejenak, kuasa satu kejahilan atau kesalahan yang pernah kita lakukan. 
Adakah kesalahan itu akan di simpan dalam hati si polan atau 
dipersetankan saja tanpa orang yang bersalah itu meminta maaf dan tidak kurang juga yang tidak meminta maaf?

Majoriti manusia yang pernah dilakukan sebegini tidak pernah melupakan sesuatu perkara yang buruk itu. Maka mulalah jadi macam ni:

  • tak pernah bertegur lagi, walau satu masa dulu ke hulu hilir macam belangkas
  • nak pandang pun tak mahu

Sebenarnya mereka lupa bahawa banyak kebaikan yang telah dilakukan oleh sesorang itu terhadapanya. Namun kerana satu kesalahan, seseorang itu dipulau dan dipersetan.

Jadi, kadang-kadang aku tak faham. Kenapa orang senang saja cakap ayat ni:

  • 'Biasalah, manusia tu tidak lari dari berbuat kesalahan.'
  • 'Nobody perfect 10, okay!'
  • 'Aku bukan malaikat'

(Habis tu kalau hang dah tahu manusia tu tak sempurna? Awat hang tak maaf kan dia je dan hidup macam biasa?)

Itulah norma kehidupan manusia, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Jadi hari ini, pesanan untuk diri sendiri juga untuk ke arah yang lebih baik. 
Apa kata, kalau kita berfikiran positif, bersangka baik terhadap orang lain dan buat jalan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.


macam mana aku tahu?
sbb aku bukan alien.


Pencicit
annehanim





Banjir dan kita

Assalamualaikum.


Nampaknya hujan lagi hari ini dan negeri sasaran banjir, Johor, Pahang, kelantan serta yang terlibat. Didoakan agar sentiasa sabar dalam mengharungi bencana alam ini.


Jadi bila berlakunya bencana banjir ni mesti akan ada mereka2 terfikir tentang ini :

"Ni lah sistem perparitan tersumbat."

"Kawasan tadahan hujan habis di hapusnya."


Salah siapa? Anda tahu jawapannya.


Isu lain pula yang timbul Ketika banjirnya apabila bekalan keperluan asas terputus. Apabila diedarkan, terdapat pula pihak yang dipertanggungjawabkan tidak telus dalam pengagihan Bekalan. Ahli keluarga atau kenalan terdekat dan rapat diberi lebih.

Di samping itu ad ura2 mengatakan paras air akan meningkat. jika ini berlaku, kemungkinan itu ada untuk seluruh bekalan elektrik terputus dan jalan perhubungan gagal berfungsi.

Justeru kepada sesiapa yang ingin turun membantu walau sedikit, macam yang kau orang tahu. Banyak kaunter derma di buka untuk menyalurkan bantuan atau sumbangan kau orang tu pada mangsa banjir ini dan ini salah satu darinya untuk mangsa banjir di Pahang.
Sumber dari seorang sahabat, nidaul jannah





Jika anda semua ada lagi maklumat tentang badan yang bertanggungjawab menyalurkan sumbangan anda kepada mangsa-mangsa banjir ini sila kongsikan. Sama-sama kita membantu.

Semoga kita lebih bertanggungjawab dalam seberang aspek.

sekian berita rakyat.


Pencicit
annehanim




Thursday 5 December 2013

Blogger assemble upcoming event!

Assalamualaikum.
Hai!
Happy Thursday.
Happy 5th december.

Thanks to those yang still standing baca blog aku ni dan thanks drop comment. Thank you so much, bro/beb/anda/kak tem etc.

Jadi post ini tentang KITA BLOGGERS SELURUH MALAYSIA.
Pada 14 DECEMBER 2013 di MIECC. Akan di adakan satu perhimpunan blogger besar punya! Wow!


So, apa yang ada dekat sini?

Macam2 pun ada. Setelah menghadam bait2 yang di tulis di web.

Perhimpunan ini menggariskan satu tujuan iaitu, untuk menimba ilmu pengetahuan dan pastinya untuk bertukar-tukar idea.

Perhimpunan ini bukan sahaja menghimpunkan blogger seluruh Malaysia, malah akan mengadakan 12 seminar mini untuk membimbing anda yang mahu menceburi bidang menulis blog atau amatur macam aku ni, cara berhemah ketika menulis blog. Kau orang semua juga akan diajar tentang etika ber'blog' dan macam mana nak berkomunikasi melalui blog.

Dan..Dan...Dan yang paling best! ada Nisa Kay, Okay! so mesti datang.

Tanda siap2 dekat kalender kuda kau orang dan create reminder jugak. keh2.

Macam tak jelas, ada kesamaran dan Gharar. (Hah! Amekaww! keluar dah teori Islamic banking. keh3)



For more information, kau orang boleh visit this web dengan klik ni Blogerrr Assemble.

Pesanan aku, jangan lupa datang okay!




p/s: apa hang ingat marvel avengers je boleh assemble? Kita bloggers pun boleh, Okay!



pencicit,
annehanim

Sunday 1 December 2013

Penyakit apakah, homesick?

Assalamualaikum

Selamat menikmati rahmat hujan disember.

Topik di hujan hari ialah 'homesick'. Yalah, baru masuk first week semester baru. Berduyun-duyun balik semula ke rumah sebab kelas first week tiada lecturer nyo.

Begitu jugalah saya yang tidak terlepas bersam jemaah lain unuk pulang ke rumah.

Jadi, homesick.
Apakah yang dimaksudkan dengan homesick?
Bahaya, kah?
Berjangkit, kah?
Apa penawarnya?

Homesick ditakrifkan sebagai rindu atau kangen kepada tempat asal kita atau tempat yang kita tak pernah tinggal untuk sesuatu waktu yang lama. (Ini definisi aku. Namun yang pasti ianya tidak lari jauh dari maksud sebenar)

Bahaya atau tidak? Penyakit ini bergantung kepada tahap kawalan perasaan seseorang. Jika perasaan rindu itu gagal dibendung maka akan terjadinya menangis yang berpanjangngan dan berkemungkinan murung yang tak berkesudahan. Maka bahayalah jadinya.

Pastinya penyakit ini tidak berjangkit, sama ada melalui angin, air, nafas dan sebagainya. Namun kemungkinan itu ada jika si penghidap mempengaruhi orang disekelilingnya atau yang terdekat dengan dengannya. Selalu yang jadi mangsa kawan2 la.

Penawar bagi penyakit ini?
Baliklah! Tunggu apa lagi. Keh3.
Namun cara lain ada juga, seperti jarang menghubungi ke rumah, pekakkan telinga dari dipengaruhi dan fikirkan tentang peningkatan harga minyak dan harga tiket bas.
( metrobus dari 15.60 > 17.10 ) adoi! So jangan balik dah! Keh2

Hehehe. Ini antara pendapat dan dari konteks aku sendiri.

Jika anda ada penawar lain yang ingin dikongsikan, mohon komen.

Pencicit,
annehanim