Sunday, 1 December 2013

Penyakit apakah, homesick?

Assalamualaikum

Selamat menikmati rahmat hujan disember.

Topik di hujan hari ialah 'homesick'. Yalah, baru masuk first week semester baru. Berduyun-duyun balik semula ke rumah sebab kelas first week tiada lecturer nyo.

Begitu jugalah saya yang tidak terlepas bersam jemaah lain unuk pulang ke rumah.

Jadi, homesick.
Apakah yang dimaksudkan dengan homesick?
Bahaya, kah?
Berjangkit, kah?
Apa penawarnya?

Homesick ditakrifkan sebagai rindu atau kangen kepada tempat asal kita atau tempat yang kita tak pernah tinggal untuk sesuatu waktu yang lama. (Ini definisi aku. Namun yang pasti ianya tidak lari jauh dari maksud sebenar)

Bahaya atau tidak? Penyakit ini bergantung kepada tahap kawalan perasaan seseorang. Jika perasaan rindu itu gagal dibendung maka akan terjadinya menangis yang berpanjangngan dan berkemungkinan murung yang tak berkesudahan. Maka bahayalah jadinya.

Pastinya penyakit ini tidak berjangkit, sama ada melalui angin, air, nafas dan sebagainya. Namun kemungkinan itu ada jika si penghidap mempengaruhi orang disekelilingnya atau yang terdekat dengan dengannya. Selalu yang jadi mangsa kawan2 la.

Penawar bagi penyakit ini?
Baliklah! Tunggu apa lagi. Keh3.
Namun cara lain ada juga, seperti jarang menghubungi ke rumah, pekakkan telinga dari dipengaruhi dan fikirkan tentang peningkatan harga minyak dan harga tiket bas.
( metrobus dari 15.60 > 17.10 ) adoi! So jangan balik dah! Keh2

Hehehe. Ini antara pendapat dan dari konteks aku sendiri.

Jika anda ada penawar lain yang ingin dikongsikan, mohon komen.

Pencicit,
annehanim

2 comments:

  1. awww reminds me of my uni years. skype pun ok i rasa :) mengubat rindu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai aida.

      betul, skype membantu. lagi2 for those yang belajar di luar negara. Thanks, beb. :D

      Delete