facebook twitter googleplus instagram

Friday 29 November 2013

Sadis dari pojok akhbar

Assalamualaikum

Entri membawakan sedikit sorotan akhbar berkenaan rakan se-universiti yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga, akibat dari kemalangan jalan raya.

Sesungguhnya ajal dan maut hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu dan malang itu tidak berbau.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dicucuri rahmat Nya.

Kepada rakan saya itu, semoga tabah untuk teruskan hidup dan untuk mengakhiri final semester ini dengan jayanya. In Shaa Allah.

Diharapkan kepada rakan2 blogger yang membaca entri ini, sama2 kita sedekahkan Al fatihah.

Thursday 28 November 2013

B.O.B

Assalamualaikum

Salam jumaat penuh barakah kepada semua. Topik jumaat penghulu segala hari ialah B.O.B

Siapa BOB yang disyaki?

Bob marley?

Spongebob?

Bob mesra?

Bobo?

Hahaha. Semua tu tak ada kaitan pun.

Entri ni kira review, eh tak.. parodi kot...mungkin. Tapi apa pun dalam version aku.

Maksud B.O.B ni macam anda semua tahu. Buat Orang Bersalah.

Jadi semalam ada cerita BOB yang aku lihat dengan mata di kepala aku. Berikut adalah babaknya:

Babak 1
"Temah, hang demam ke?"

"Aah, aku demam."

10 minit kemudian

"Temah, aku dah berjangkit dengan kau ni."

Babak 2

"Jenab malam ni kawan kau tidur bilik kita ke?"

"Aah. Boleh tak?"

"Boleh tapi nak tidur celah mana?"

Prffffttt! (Menyembur saliva)

Itulah antara kisah BOB nya. Dari konteks aku sendiri, kadang-kadang kita tak sengaja atau kita tak menduga semua kata-kata yamg terpacul keluar dari mulut itu membawa kepada BOB.

Maka, apabila kita melihat atau tetiba terasa ayat kita tu tak betul. Justeru cepat2lah pergi mintak maaf, contoh:

"Beb, aku tak maksud macam tu."

"Beb, kawan kau boleh tidur tempat aku sebab aku tidur bilik classmate aku."

"Kita boleh share ubat ni sama2. Aku ada beli lebih."

Dan kepada mereka yang terkesan degan sifat BOB ni, jangan pula REVERSE BOB. keh2.

sebaliknya anda redha jo la atau kalau ada kekuatan suarakan hak anda dengan berhemah.


sekian


pencicit,
annehanim

Wednesday 27 November 2013

Pilihan Raya Universiti

Assalamualaikum

Topik hari ni kita cerita pasal pilihan raya universiti. Semalam telah berlangsung sesi pembentangan manifesto setiap calon dan hari ni telah berlangsung pula sesi pembuangan undi. Aku dah mengundi, bukan undi rosak, bukan juga pengundi hantu.

Jadi macam biasa lah. Bila dah ada pilihan raya, maka ada bermacam-macam propaganda mereka dan antaranya:

Saya di sini untuk anda

Denyutan nadi anda, saya dengari

Hospitality is our priority

Nak ulas dekat sini, bahawa propaganda dengan ayat 'superpower' tidak menentukan kemenangan tetapi sejauh mana pengundi percaya dengan manifesto calon yang berpontensi untuk dicapai hingga ke akhirnya.

Seterusnya, jangan nanti bila dah menang. Manifesto entah ke mana, propaganda entah ke mana. Ini yang kita tak mahu, kerana terdapat segelintir bakal pemimpin yang hanya menjadikan propaganda dan manifesto sebagai alat memancing undi dan untuk mendapat publisiti.

Terakhir, apabila sudah menang nanti juga. Jangan sombong dengan mahasiswa, jangan buat komuniti pula untuk mereka yang berjawatan dan jangan menidakkan sesuatu tanpa usul periksa.

Itu saja ulasan dari pencicit.

Pencicit
annehanim

Monday 25 November 2013

Kepelikan adik aku

Asalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal seorang budak kecik, gemuk, tegap, suka makan kari dan banyak cakap.

Nak dijadikan cerita, dia ni jiwa kental tak pernah kalah. But, dia telah tewas dengan satu perasaan ia itu sedih dan rindu yang terlampau.

Dalam aku menghabiskan sisa2 cuti semester aku di rumah, dia ni selalu berkepit saja dengan aku. Banyak tanya pulok..

Kak anne bila nak balik lagi?
Kak anne nanti sambung belajar lagi dekat sana ke?
Kak anne suka tak duduk sana?
Kak anne...
Kak anne...

Oh! Banyaknya soalan sampai aku pun tension nak menjawabnya. Ini menambahkan kepelikan kepada aku, sebab selama 5 semester dia tak pernah nak take note semua ni, dia lagi suka bergaduh dengan aku dekat rumah. Sampai satu tahap aku rasa macam nak habis cuti cepat je.

Pada hari kejadian aku dihantar pulang ke pangkuan kampus, 10minit selepas aku ditinggalkan. Bapak aku call sebab budak kecik ni dah nangis2 dengan suara teresak2.

Lagi baru, pagi tadi dia kejut aku pukul 5. Wow! Cuti sekolah pun bagun awal. Tanya macam2 pulok tu. Aduhai.

Jadi sedikit konklusi, mungkin kita rasa budak2 kecik ni akan menangis bila mereka tak dapat apa yang dia nak atau mak ayah mereka berjalan tak bawak mereka. Tapi sebenarnya kita sebagai adik-beradik juga ada tempat dihati manusia kecil ini selagi kita adalah antara golongan yang terapat dengan mereka.

Sekian.



Pencicit,
annehanim

Friday 22 November 2013

Jengkafornia

Assalamualaikum

Tajuk nak poyo oversea. Hak2
Takpe la sesekali ku rasa teringin. Hak3

Motif cerita hari ini ialah kembalinya pelajar2 diploma ke pangkuan kampus masing2.

Jadi, ada dua perkara nak ditujukan ucapan:

Ucapan semoga mendapat keputusan yang cermerlang kepada siapa2 yang ambil MUET tadi dan tak lupa kepada pelajar POLITEKNIK yang baru saja dapat keputusan beberapa hari yang lalu.

Ucapan selamat kembali menimba ilmu kepada semua pelajar diploma uitm (yg aq tahu) juga kepada yang aku tak tahu.

Jadi itu saja daripada aku. Assalamualaikum.


Pencicit
annehanim


Thursday 21 November 2013

Kenapa 'scan' orang atas bawah?

Assalamualaikum

Berjumpa lagi kita malam ini. Salam malam jumaat.

Topik malam ni lagi hebat dari printer canon pixma E510.
(Promote sikit, sekarang era.fm tgh buat contest dgn menggunakan kreativiti anda. Do search era.fm for more information untuk menang printer okay!)

Okay, mula balik. Scanner yg aku nak cerita ni, lagi hebat dari semua scanner yang ada di pasaran. Keh3.

Aku dah banyak kali fikir hal ini, tapi otak aku masih tak boleh nak hadam dan sampai sekarang aku tak tahu punca hakiki manusia jenis mesin ni.

Apakah punca yang menyebabkan mereka2 ini meng'scan' manusia lain?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?!
(Hoi! Hang tahu otak dah tak boleh pikir, awat hang tak tanya pendapat orang lain?)

Dan aku pun bertanya kepada beberapa mangsa yang pernah diperlakukan begini.

Jenab- "Aku rasa, mungkin sebab dia dari planet lain. Zuhal kot."

Senah- "Mungkin dia tak pernah tengok cara aku dress up. Jap, tapi aku pakai tshirt muslimah je. Awat vogue sgt, ke?"

Kak tem- "Bagi aku golongan macam ni tak ada benda lain, mesti dia orang dok banding2kn antara dia dengan si polan tu,siapa lagi bagus"

Siapakah kita untuk menilai orang? Kalau sekali pun kita pernah lihat orang tu ada melakukan perkara tak betul,tapi hang tak payah la dok scan dia tiap kali hang nampak dia. Melampau kot! Mesti dia rasa tak selesa macam ni.

Menurut mangsa, mereka telah dapat mengatasi masalah ini dengan cara:

Jenab - "Aku buat tak tahu je. Yela, ini planet aku. Dia yang salah planet."

Senah- "Iolss sabar je walaupun dah lbih 4kali di perlakukan begini. But then, dia dtg jumpa iolss dan cakap. Anta cantik sangat!"

Kak tem- "Memey tak ar. Aku tak puas hati kot! Apa salah aku, then
aku pun pergi dekat meja si polan ni dan aku tanya. Kenapa pandang? Ada satu kes lain, kali kedua dia pandang, aku terus tenung dia. Haaa! Baru hang ketar! Bla..bla..bla

(Errrr.. terima kasih Kak tem tapi kita bukan dalam talkshow)

Justeru, tak perlulah kita berbuat demikian. Ini semua akan mengganggu ketenteraman pihak lain walaupun sebenarnya ada antara kita yang pandang ke arah yang positif (mcm kes senah).

(TAPI! Macam depa tau yang hang pandang dari sudut macam tu, mostly mesti fikir ada yang tak kena dengan diri mereka.)

Jadi, kalau dah nampak sesuatu yang elok atau tidak elok. Biarlah itu menjadi kali pertama dan terakhir, tak payah la dok toleh2 lagi sambil berbisik dengan kawan pulak. Kalau perlu tegur, tegur cara berhemah. Kalau macam kes Senah, tak salah juga nak terus cakap kepada tuannya. Tetapi adalah lebih baik kita mengenang penciptanya dan berdoa agar kecantikan itu tidak disalahgunakan.


MARI KONGSIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG ISU INI, SILA KOMEN :D


Pencicit,
annehanim

Wednesday 20 November 2013

Anda marah, anda parah. Beware!

Assalamualaikum.

Hamboi! Tajuk kak tem tak nak kalah.

Okay, kita terus kepada realiti cerita pepagi buta ni iaitu marah. Semua orang pun pernah marah dan mungkin juga ada yang tak pernah marah. (Alien kot..)

Setakat aku hidup ni, banyak juga aku tengok orang marah secara terbuka khususnya.

Semua pun tahu marah itu dari syaitan yang dilaknat. Apabila ,membara maka terhamburlah kata-kata seperti berikut:

"What the fish!"

"Awat mak bapak hang tak ajar ke?!"
(Habis hang cakap lagu ni, mak bapak hang ajar ke?)

"My middlefinger so damn fuckin...(hang mencarutlah sorang2)"

Come on lah! Hang duk protest macam dekat atas ni, hang ingat masalah boleh selesai.

Ini akan tambah parah kalau si pemarah atau mungkin kita sendiri yang marah, telah menghamburkan kata-kata yang berkait rapat dengan si polan yang telah menerima hamburan itu. Jadi itu bagaikan simbah minyak dekat api. Amekaww!

Lagi satu, marah juga akan memberi kesan kepada penurunan publisiti anda. Mungkin bila kawan-kawan dapat tengok dan dengar keadaan anda ketika marah. Mereka juga akan takut untuk mendekati anda atau kebarangkalian untuk hilang respect terhadap anda itu ada.

Mengikut apa yang aku observed, tak ramai yang bijak mengatasi amarah ni. So, dekat sini aku kongsi cara tangani kemarahan. Antaranya ialah:

Dalam Islam:
Mengubah posisi. Nabi Muhammad  S.A.W bersabda, jika marahnya seseorang itu dalam keadaan dia berdiri, maka duduklah, jika masih marah maka berbaringlah.

Diam. Sabda Rasulullah S.A.W, "Ajarilah, permudahlah dan jangan menyusahkan. Jika ada di antara kalian yang marah, maka berdiam lah." So, sebab apa diam? Jawapannya kerana kebiasaannya si pemarah mungkin akan bercakap sesuatu yang mencetuskan perselisihan (mcm ayt kat ats tu.)

Last but not least, Berlindung kepada Allah S.W.T. caranya ialah dengan menyebut " A'uudzu billah." Maksudnya, Aku berlindung kepada Allah S.W.T.

Kesimpulannya, marah tak akan buat masalah selesai dan marah juga tidak elok untuk kesihatan dan yang paling penting marah juga akan menjejaskan perhubungan anda dengan mereka yang terdekat.

Pandai-pandai anda nilai

Pencicit,
annehanim

Monday 18 November 2013

Kata Maaf

Assalamualaikum.

Berjumpa lagi kita dengan sesuatu yang sinonim dengan kita semua, iaitu KATA MAAF.

Apa yang kita dah buat dan apa yang kita kata, apabila kita rasa itu salah, pasti akan menjurus kepada KATA MAAF.

Jadi, macam mana caranya menyatakan maaf? Dan macam mana pula kita memaafkan? Dan juga adakah kita benar-benar memaafkan?

Mungkin macam ni caranya kita minta maaf:

"Bro aku serius tak tahu, aku minta maaf."

"Aku minta maaf ar. Aku salah. Hehehe."

Dan mungkin kita atau orang lain respon macam ni pula:

"Sudahlah! Macam ni kau minta maaf. Aku tumbuk kau kang!"

"Pergi mam*** dengan maaf kau tu! Tak ada adab langsung."
(Yang hang ckp mcm ni, hang bertamadun sgt lah. Prfftt!)

Wow! Agak-agaklah bro.
Bersyukur sikit, mujur dia nak minta maaf sebab sedar dia ada buat salah. Macam mana kalau dia tak minta maaf, mulalah berbakul-bakul kita menyumpah seranah si polan tersebut.

Jadi kenapa kita tak berfikir sejenak untuk tidak cepat melatah dengan memberi respon begitu, mungkin nanti kita juga akan ada dalam situasi yang sama untuk memohon maaf. Jadi, masing-masing ada cara mereka.

Ini akan jadi kronik apabila hal ini dapat dibaca/dilihat di facebook, instagram dan lain-lain media sosial.

Tidakkah kita rasa malu dan sekali gus akan memalukan, kalau kita respon macam tu kepada orang yang minta maaf pada kita. Orang lain kurang dosa, kita pula topup dosa. Tak mau! Tak mau!

Apa persepsi orang apabila membacanya?
Mungkin akan ada yang dropped comment macam ni:

"Apalah. Orang dah minta maaf, kira baguslah."

"Kalau tak puas hati, settle luarlah. Tak payah gaduh sini, semua orang baca. Tak malu, ke? Gaya macam budak-budak saja."

"Apa kata kalau berbincang secara privasi, ini akan mengelakkan mana-mana pihak dari mendapat malu."

Ya! Betul! Kalau saya, saya pilih yang ketiga tu dan kalau kita tak dapat nak reach that person secara privasi. Tak perlu juga kita melayan semua tu, walau hakikatnya panas hati dengan orang macam tu. Cukup sekadar kata 'okay' dan semuanya tak akan ada isu di situ.

Kesimpulannya apa kita buat fikir dahulu baik buruknya. Jangan sampai memalukan diri sendiri nanti orang keji.

p/s: ukur baju badan sendiri bro, takut salah ukur sendat pulok.

Anda tahu anda nilai.

Pencicit,
annehanim

Thursday 7 November 2013

Call Me Mok

Assalamualaikum

Ini cerita seekor kucing.
His name is Mok.
Mok seekor kucing yang umurnya dalam lingkungan 6 tahun.
Bertubuh gempal dan berbulu lebat.

Okay, Mok! Jangan perasan. ni Bukan cerita kau sekor, ni cerita KITA okay. Hahaha..

Dan sebenarnya aku bukan peminat haiwan ni secara dekat tapi itu tak bermakna aku ni perlaku kekejaman. Sudah cukup sekadar untuk melihat dari jauh.

So, sedikit demi sedikit rasa concerned pada haiwan jenis ni semakin meningkatkan galaxy meter aku.
(AF Pulak!)

Apabila aku berjumpa dua orang manusia yang aku rasa, susah nak jumpa dewasa ini.


First person, we called Ibu Kucing.

Dia seorang yang sangatlah sayangnya kepada kucing, sehinggakan rumahnya juga selalu disinggahi kucing-kucing jalanan. Bila kucing-kucing singgah, dia layan sama kasta dengan kucing yang officially peliharaan dia. Jadi bila di hostel di jaganya pulak kucing dekat sana dan dia adalah seorang manusia yang first aku lihat menangis teresak-esak sebab kucing.


Second person, we called Abu Hurairah. 

Bagi aku dia adalah lelaki pertama yang aku tengok layan kucing macam awek dia. Ditimang-timangnya kucing tu. Dicium-ciumnya. Seseorang yang juga menangis pasal kucing sambil drive.Heee.

Cerita bermula bila Abu Hurairah nak cari tuan baru untuk Mok atas sebab dekat rumah dia terlalu banyak kucing dan dia serius memang tak sempat. Tambah pulak nak final. Then one day, dia buat moment dekat . wechat dan tak ada respon pun.

So, sebagai seorang yang concerned dengan kes Ibu Kucing yang baru sahaja kematian kucingnya akibat digilis tayar kereta. Lalu aku secara sukarelahatinya pun jadi middleman uruskan hak penjagaan untuk Mok.

Di sini lah aku nampak satu perasaan yang aku susah nak cakap. Di mana selepas Abu Hurairah bagi kucing pada that girl. Mok meronta-ronta nak keluar dari sangkar bila tengok Abu dah naik kereta dan hidupkan enjin bagai. Tuan baru tu pulak sedih jugak tak sanggup nak pisahkan mereka. Siap tanya where Abu Hurairah live? study? sebab nanti kot-kot kucing tu rindu, so boleh bawak jumpa Abu Hurairah.

Sampai macam tu sekali mereka boleh tahu perasaan kucing dan selepas seminggu. Nampaknya, Mok tak serasi then dia datang hari ni untuk pulang balik Mok pada Abu Hurairah.

Apa yang aku lihat lagi, Mok sangat lah senang nak handle masa nak masuk dalam sangkar. Abu Hurairah pun sangatlah gembira. So, mungkin Abu Hurairah yang terbaik untuknya.

Jadi, mungkin kita manusia yang tak dapat rasa perasaan haiwan-haiwan ni tak dapat tahu apa yang haiwan-haiwan ni rasa.

Ya, mungkin mereka ini akan buat kawasan rumah kita kotor, buat kita tak senang nak makan and else. But, Hei! atleast kita pun perlu lebih bertanggungjawab dan berperikemanusiaan terhadap mahluk ciptaan tuhan ini.

Kita boleh buat dengan cara baik bukan, macam cari kan tuan untuk kucing tu, hantar ke pusat aktivis haiwan atau hantar kucing tu jauh dari tempat kita. hehehe.. tak ada kejam sangat kalau nak dibandingkan 'hang' duk tusuk dia dengan tumit kasut hang yang tirus tu.


p/s: Alah! itu pun sebab aku alergic. consider arrr! Hahaha.



Pencicit,
annehanim


Wednesday 6 November 2013

Hutang Bayar Hutang... Keliling Pinggang!

Assalamualaikum.

Sebut pasal hutang. Mesti semua orang ada pengalaman pasal hal ni. Kita berniat untuk membantu mereka yang berkenaan ini tetapi lain pulak jadinya.

Biasanya lah mesti jadi macam ni, kan? Terutamanya selalu membelenggu kaum hawa.

Kaum Hawa ni seperti yang semua tahu fitrah mereka ialah pemalu dan selalu berkrisis (kot..). Kadang-kadang aku sendiri,yang perempuan ni pun terfikir. Apalah kepelik sangat aku ni sebagai perempuan? Kenapa tak mudah macam lelaki dan sampai sekarang aku tak dapat jawapan atau mungkin jawapannya memang tak ada pilihan lain, iaitu FITRAH.

So, ini situasi bila PEREMPUAN BERHUTANG.

Selalunya dalam situasi Kaum Hawa ni. Mengikut apa yang aku selalu nampak. Si pemberi pinjam ni pulak yang kena minta bayar balik duit pinjaman.

Jaranglah ada yang jenis selamba je mintak. mesti malu punyalah dan ada yang rasa takut sebab nanti mesti kawan kita tu fikir bukan-bukan pasal kita.

ATAU mungkin tak minta langsung, sebab malu sebab takut. Kalau 2 hengget tak apa ini sampai 50 hengget
apa cer kak tem?

Ada pulak yang segelintir meminta untuk diingatkan pasal duit pinjaman tu. Walaupun macam tu tetap juga si  pemberi pinjam tuada rasa malu. Yalah, gaya dah macam Along pulak kan.


LELAKI punya cara senang. Ini aku minta pendapat dari seorang kawan aku. Dia kata cara dia macam ni and setakat ni berkesan lah.

Ahmad: Ali pinjam dut 30 boleh?

Ali       : Boleh tapi aku nak tanya kau.

Ahmad: Apa?

Ali      :  Nanti nak bayar aku cari kau atau kau cari aku?

Ahmad: err...

Konklusinya, dah pinjam pandai-pandailah membayarnya. Kesian dekat kawan-kawan kita tu, dia duk fikir kita tak cukup duit or apa-apa je lah.

Mungkin kita terlupa atau mungkin ada yang buat-buat lupa. Sebagai peminjam kau orang dan aku sendiri patut tahu bila patut pulang dan buatlah catatan untuk mengelak dari terlupa.

walaupun anda miskin dengan membayar hutang adalah lebih baik dari anda mati dalam behutang

Seorang hamba muslim yang membayar hutang saudaranya maka Allah akan melepaskan ikatan penggadaiannya pada hari kiamat. 
(HR. Mashabih Assunnah)






Pandai-pandai anda nilai.




Pencicit,
annehanim





Tuesday 5 November 2013

3 pagi dah... Awat hang tak tidok lagi! Hang tau tak, esok hang sekolah!

Assalamualaikum

Pepagi buta dah post. So? hehehe


Jadi ni cerita 3 pagi berturut-turut selama dua hari dah ni,. In Shaa Allah esok masih ada. Tapi minta-minta lah tak ada.

Dua alien sorang tinggi-tinggi, kurus macam lidi. Sorang lagi gemuk-gemuk, pendek, suka makan kari. Dah pukul 3 pagi tak reti-reti nak tidur.

Itu macamlah aku asyik terjaga je sekarang ni. Aku kira ok lagi terjaga sekali je ni. Tapi mak aku asyik bangun je sebab risau dua alien ni esok tak boleh nak bangun pagi. Fitrah mak lah kan, sapa tak risau.

Part yang aku tak boleh nak blah! Bila dua alien ni bergaduh. Hang tau tak, jiran hang nak tidok! nanti dia saman hang, baru hang tau!

Jadi kesimpulannya dua alien ni tak kisah pun. Siapa boleh menjawab lagi, Serammm meh! (Adi Putra, apa hang dah buat kat alien-alien ni).

Apa yang penting dekat sini. Effect Hang tidok lewat. Biasanya ini akan terkesan kepada seseorang yang tak biasa tidok lewat.

Amaran Keras!
KECUALI kepada mereka yang memang fitrahnya tidok lewat atau mungkin dia ikut jam negara lain. kot...


  1. Senang dijangkiti penyakit macam selsema dan penyakit yang mudah berjangkit, sebab sistem imun lemah.
  2. Susah nak  handle stress
  3. Emosi terganggu. Contoh, meradang tak tentu pasal.
  4. Susah nak tumpukan perhatian. Selalunya student yang buat kerja sampai tengah malam.
Jadi ini yang umum selalu terjadi kepada mereka-mereka yang tidur lambat. Kalau anda-anda semua ada kesan lambat tidur yang lebih rare. bolehlah share bagi mengurangkan alien-alien di muka bumi. 

Aku beria tulis bila tidok lewat, otak tak boleh fokus belajar. Tapi mahluk berdua ni elok je pergi sekolah, then balik still agressive macam bertih jagung dok pot pet pot pet apa jadi dekat. Nama pun alien, patutlah rare.


p/s: aku duk serumah dengan alien kot, hang ada?




Pencicit,
annehanim







Autism 'kah'? 2

Assalamualaikum

Sambungan kisah kanak-kanak yang aku rasa dia ada dalam kategori ni. Tapi itu tak bermakna mereka harus ditinggalkan dalam arus perkembangan kanak-kanak normal. Tak salah kalau kita layan mereka macam biasa pun.

So, kanak-kanak kedua yang aku kenal di kejiranan.


Abu (bukan nama sebenar)

Abu dah darjah 2 dan bersekolah di sekolah biasa, tapi dia masih tak boleh bertutur dengan baik. Senang cerita loghat speaking dia sangat susah untuk manusia macam aku yang jarang balik rumah ni untuk faham apa dia cakap. Kadang-kadang aku kena take 30 minutes untuk otak aku hadam apa yang cuba dia nak sampaikan.

Abu tak ramai kawan berbanding dengan Ali. Bila aku duduk depan rumah petang-petang sibuk dengar mak jemah wifi bergosip.. hehehe. then ada jugak sekumpulan budak-budak bermain depan rumah, si Abu join. Tapi kehadirannya langsunglah tak dihiraukan.

Jadi sebagai makhluk yang concerned. Aku ajaklah dia duduk dengan aku, even aku kena ambil masa untuk tangkap apa dia cakap. Asalkan dia ada orang nak berborak dan atleast aku taklah sedih tengok budak tu dipersetankan oleh budak-budak normal tu. Hei! come on lah! dia nak main juga!

Konklusinya, semua manusia pun ada kelemahan masing. Ya, kelemahan Abu dan Ali ini mempengaruhi seluruh hidup mereka. Jadi sebagai yang sempurna dalam konteks ini, kita tak boleh terus ignored golongan ini. Sebaliknya kita boleh bantu cari jalan penyelesaian atau sebarang pendapat untuk pemulihan mereka untuk diusulkan kepada keluarga mereka.


p/s: setiap yang berlaku ada hikmah. semoga kita manusia lebih berkasih sayang



previous entri Autism 'kah'?




Pencicit,
annehanim




Salam Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Berganjak kita ke tahun baru Islam.

Jadi sedikit ulasan untuk Maal Hijrah.

Sedikit pendapat dari neuron dalam kepala. Biasanya apabila kita sebut hijrah, pasti kita akan fikir..

kemanakah kita akan pergi?

apa yang harus di ubah? pakaiankah? sifat kah?


Jadi, bagi aku seorang hamba yang masih diperjalanan dalam berhijrah. In Shaa Allah, tidak akan berhenti berhijrah.

Justeru, hijrah itu adalah perubahan menuju ke arah yang baik dan yang baik itu menuju ke arah yang lagi..lagi baik. In Shaa Allah.

Semoga kita semua, sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik. tidak kira dari segi apa pun. mungkin perangai kita? cara kita bersosial? pakaian? atau cara kita study sekali pun? diniatkan Hanya dengan nama Allah S.W.T.

Untuk 'hang' semua yang nak tahu..

doa akhir tahun?
doa awal tahun?
cara membaca doa tersebut?


Doa Akhir Tahun


  • Dibaca 3 kali selepas waktu asar. Dibaca 3 kali sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan Zulhijjah.






Doa Awal Tahun


  • Dibaca 3 kali selepas waktu maghrib, pada malam satu maharam iaitu pada hari yang sama.



Rujukan dari seorang bidadari. KLIK SINI UNTUK JUMPA BIDADARI


p/s: akulah yang masih diperjalanan hidup ini... Ramli Sarip jap.. :)



Pencicit,
annehanim



Monday 4 November 2013

Autism 'kah'?

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah 1435

So, hari ni sebagai manusia yang concerned tentang kanak-kanak. Aku rasa terpanggil untuk mengulas tentang dua orang kanak-kanak yang aku kenal di perumahan.

kedua-dua mereka ini pada fizikalnya normal, menjalani hidup macam kanak-kanak lain, pergi sekolah, makan tak bersuap, sempurna untuk join kanak-kanak lain bermain.

Cuma dari segi yang kita tak nampak, mereka ini ada kelainan dari kanak-kanak lain. Aku tak berapa pasti untuk mengelaskan mereka dalam golongan 'autism'.


Ali (bukan nama sebenar)

Ali yang aku kenal ni, dia seorang yang sangat peramah. Peramah? sebenarnya banyak cakap... hahaha.. pot pet pot pet.

Ali ni berkawan dengan adik aku. Mereka satu kelas tapi Ali ni ada satu kepelikan yang budak lain tak ada, tapi dia ada.

1) Dia ni suka cakap menjerit-jerit. setiap apa yang keluar dari mulut dia, mesti dalam intonasi menjerit.

2) Lagak macam cakap macam orang tua berzaman.

3) Tak hirau arahan orang.

Jadi dari segi pemerhatian aku dengan sesuka hati aku mind set yang dia ni budak autism yang dah transform menjadi budak hyperactive sebab mengikut cerita mak jemah wifi dekat perumahan aku ni.

Dulu si Ali ni langsung tak boleh bercakap, dah masuk tadika pun masih tak boleh. cikgu dah ajar banyak kali pun tak boleh. Mak jemah wifi pulak ada kata yang mak ayah Ali dah usaha macam-macam.

Jadi usaha mendatangkan hasil, maka bercakaplah Ali dewasa ini. Alhamdulillah, mak ayah mana yang tak berbahagia dengan perkembangan Ali sekarang.

Cuma itulah masalahnya, cara dia tak menyenangkan semua bebudak dekat sekolah. Baru-baru ni adik aku balik muncung macam penyangkut baju disebabkan hal bebudak ni.

Sebagai mak aku yang lagi tahu cerita pasal si Ali ni, adik aku mengadu domba bagai pun tak guna. Mak aku just boleh cakap 'sabarlah,dik. Ali tu nak bergurau je.'

Konklusinya, setiap usaha pasti ada ganjaran. Sekurang-kurangnya Ali dah boleh bercakap. Mungkin masalah yang selebihnya perlu untuk diberikan treatment lagi buat Ali.

Pada sesiapa yang boleh share pasal masalah Ali ni atau anda tahu penyelesaian untuk kes Ali atau apa sahaja yang berkaitan dengan Ali. drop your comment, okay beb.

Next entri aku akan sambung cerita Abu pulak.

p/s: terlebih chromosome kot


Pencicit,
annehanim








Sunday 3 November 2013

This is Darul Makmur

Assalamualaikum.


Hogo Pahang Hogo!

Amuk Tok Gajah!

Viva Pahang!

Tu diaaa! pelbagai tagline bagai. 

punbagaimanawalau, Taniah diucapkan kepada the champion of Piala Malaysia 2013. Pahang Darul Makmur. 




Kelantan pun hebat jugak boh. tapi in kalilah kasi Pahang menang pulak. lagipun, setiap usaha itu pasti akan ada ganjaran yang setimpal dengan usaha. So jangan berhenti berusaha. 

Walau dihenyak dengan hujan, stadium Shah Alam, masalah tiket dan pelbagai ranjau onak berliku yang lain. semangat kedua-dua pasukan ni memang aku salute. semangat macam ni lah yang sebenarnya dunia bola sepak kita dahagakan. Support yang macam ni lah yang akan menaikkan lagi semangat pemain-pemain.

Majulah sukan untuk negara.

p/s: singapura dilanggar todak, kelantan dilanggar gajah. peace!