facebook twitter googleplus instagram

Monday 25 November 2013

Kepelikan adik aku

Asalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal seorang budak kecik, gemuk, tegap, suka makan kari dan banyak cakap.

Nak dijadikan cerita, dia ni jiwa kental tak pernah kalah. But, dia telah tewas dengan satu perasaan ia itu sedih dan rindu yang terlampau.

Dalam aku menghabiskan sisa2 cuti semester aku di rumah, dia ni selalu berkepit saja dengan aku. Banyak tanya pulok..

Kak anne bila nak balik lagi?
Kak anne nanti sambung belajar lagi dekat sana ke?
Kak anne suka tak duduk sana?
Kak anne...
Kak anne...

Oh! Banyaknya soalan sampai aku pun tension nak menjawabnya. Ini menambahkan kepelikan kepada aku, sebab selama 5 semester dia tak pernah nak take note semua ni, dia lagi suka bergaduh dengan aku dekat rumah. Sampai satu tahap aku rasa macam nak habis cuti cepat je.

Pada hari kejadian aku dihantar pulang ke pangkuan kampus, 10minit selepas aku ditinggalkan. Bapak aku call sebab budak kecik ni dah nangis2 dengan suara teresak2.

Lagi baru, pagi tadi dia kejut aku pukul 5. Wow! Cuti sekolah pun bagun awal. Tanya macam2 pulok tu. Aduhai.

Jadi sedikit konklusi, mungkin kita rasa budak2 kecik ni akan menangis bila mereka tak dapat apa yang dia nak atau mak ayah mereka berjalan tak bawak mereka. Tapi sebenarnya kita sebagai adik-beradik juga ada tempat dihati manusia kecil ini selagi kita adalah antara golongan yang terapat dengan mereka.

Sekian.



Pencicit,
annehanim

No comments:

Post a Comment