Saturday, 14 December 2013

Innocent

Assalamualaikum.

Lama dah ambe tak ke mari.

Hari ini kita nak cerita pasal zaman innocent yang pastinya bersih dari freemason dan juga nonsense.

Jadi semua orang pun ada zaman innocent masing2. Aku bukan alien, maknanya aku tak terkecuali.

Macam aku, apa yang aku ingat pada zaman ni ialah :

1. Aku bersila main ceper dalam kelas.
2. Aku guna bekas video tape tu buat pencil case. (Eleh, bukan aku sorang)
3. Aku panjat monkey rack dengan baju kurung.(Rare kot!)
4. Aku ... okay masa dah tamat.

Sesungguhnya sebagai makhluk yang pernah melalui zaman ini, aku terasa terpanggil untuk memberitahu atau menegakkan benang yang basah terhadap mereka2 yang duk gelak bila kawan2 dia orang buat rapat umum cerita pasal zaman kecil2 dia orang.

Hang nak tahu apa respon dia orang?

"Aku tak main arr ceper ni. Aku dulu main sahiba, okay! (poyo bak hang!)

"Kau perempuan pun main ceper ke? Itu permainan budak lelaki lah." (Habis yang budak lelaki main kahwin2 dengan hang tu apa cerita?)

"Wow! Agak2 la pkai baju kurung panjat monkey rack. Malu wey!" (Malu konon, hang dok asrama pun ngompol lg. Xmalu pulak?)

Come on la! Semua orang berhak untuk mengimbau zaman2 innocent ni dan tolonglah jangan menafikan zaman innocent korang yang superduper mahal, tak boleh beli mana2 tau.

Jadi pesanan dari aku yang juga innocent suatu ketika dahulu. Hargai kenangan muda mudi kala.

Wassalam.

Pencicit,
annehanim

4 comments:

  1. kenangan dulu lah kira nya ni , macamm2 hahaha

    ReplyDelete
  2. hahahaha... sama2.... perempuan dah macam lelaki :D
    hehehe

    semoga blog ni dimurahkan rezekiii...aamiiin
    amal singgah sini.. selamat malam...
    jemput singgah blog amal
    http://cikamal.com/custom-made-sticker-kereta.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi. Berhabuk dh haa. Thanks cik amal. I will.

      Delete