facebook twitter googleplus instagram

Thursday 28 November 2013

B.O.B

Assalamualaikum

Salam jumaat penuh barakah kepada semua. Topik jumaat penghulu segala hari ialah B.O.B

Siapa BOB yang disyaki?

Bob marley?

Spongebob?

Bob mesra?

Bobo?

Hahaha. Semua tu tak ada kaitan pun.

Entri ni kira review, eh tak.. parodi kot...mungkin. Tapi apa pun dalam version aku.

Maksud B.O.B ni macam anda semua tahu. Buat Orang Bersalah.

Jadi semalam ada cerita BOB yang aku lihat dengan mata di kepala aku. Berikut adalah babaknya:

Babak 1
"Temah, hang demam ke?"

"Aah, aku demam."

10 minit kemudian

"Temah, aku dah berjangkit dengan kau ni."

Babak 2

"Jenab malam ni kawan kau tidur bilik kita ke?"

"Aah. Boleh tak?"

"Boleh tapi nak tidur celah mana?"

Prffffttt! (Menyembur saliva)

Itulah antara kisah BOB nya. Dari konteks aku sendiri, kadang-kadang kita tak sengaja atau kita tak menduga semua kata-kata yamg terpacul keluar dari mulut itu membawa kepada BOB.

Maka, apabila kita melihat atau tetiba terasa ayat kita tu tak betul. Justeru cepat2lah pergi mintak maaf, contoh:

"Beb, aku tak maksud macam tu."

"Beb, kawan kau boleh tidur tempat aku sebab aku tidur bilik classmate aku."

"Kita boleh share ubat ni sama2. Aku ada beli lebih."

Dan kepada mereka yang terkesan degan sifat BOB ni, jangan pula REVERSE BOB. keh2.

sebaliknya anda redha jo la atau kalau ada kekuatan suarakan hak anda dengan berhemah.


sekian


pencicit,
annehanim

2 comments: