Monday, 18 November 2013

Kata Maaf

Assalamualaikum.

Berjumpa lagi kita dengan sesuatu yang sinonim dengan kita semua, iaitu KATA MAAF.

Apa yang kita dah buat dan apa yang kita kata, apabila kita rasa itu salah, pasti akan menjurus kepada KATA MAAF.

Jadi, macam mana caranya menyatakan maaf? Dan macam mana pula kita memaafkan? Dan juga adakah kita benar-benar memaafkan?

Mungkin macam ni caranya kita minta maaf:

"Bro aku serius tak tahu, aku minta maaf."

"Aku minta maaf ar. Aku salah. Hehehe."

Dan mungkin kita atau orang lain respon macam ni pula:

"Sudahlah! Macam ni kau minta maaf. Aku tumbuk kau kang!"

"Pergi mam*** dengan maaf kau tu! Tak ada adab langsung."
(Yang hang ckp mcm ni, hang bertamadun sgt lah. Prfftt!)

Wow! Agak-agaklah bro.
Bersyukur sikit, mujur dia nak minta maaf sebab sedar dia ada buat salah. Macam mana kalau dia tak minta maaf, mulalah berbakul-bakul kita menyumpah seranah si polan tersebut.

Jadi kenapa kita tak berfikir sejenak untuk tidak cepat melatah dengan memberi respon begitu, mungkin nanti kita juga akan ada dalam situasi yang sama untuk memohon maaf. Jadi, masing-masing ada cara mereka.

Ini akan jadi kronik apabila hal ini dapat dibaca/dilihat di facebook, instagram dan lain-lain media sosial.

Tidakkah kita rasa malu dan sekali gus akan memalukan, kalau kita respon macam tu kepada orang yang minta maaf pada kita. Orang lain kurang dosa, kita pula topup dosa. Tak mau! Tak mau!

Apa persepsi orang apabila membacanya?
Mungkin akan ada yang dropped comment macam ni:

"Apalah. Orang dah minta maaf, kira baguslah."

"Kalau tak puas hati, settle luarlah. Tak payah gaduh sini, semua orang baca. Tak malu, ke? Gaya macam budak-budak saja."

"Apa kata kalau berbincang secara privasi, ini akan mengelakkan mana-mana pihak dari mendapat malu."

Ya! Betul! Kalau saya, saya pilih yang ketiga tu dan kalau kita tak dapat nak reach that person secara privasi. Tak perlu juga kita melayan semua tu, walau hakikatnya panas hati dengan orang macam tu. Cukup sekadar kata 'okay' dan semuanya tak akan ada isu di situ.

Kesimpulannya apa kita buat fikir dahulu baik buruknya. Jangan sampai memalukan diri sendiri nanti orang keji.

p/s: ukur baju badan sendiri bro, takut salah ukur sendat pulok.

Anda tahu anda nilai.

Pencicit,
annehanim

2 comments:

  1. sedangkan nabi ampunkan umatnye.. kalauorg dah minta maaf terima je dengan hati terbuka walaupun hati parah..

    ReplyDelete
  2. Benar. Btw selamat berkenalan.

    ReplyDelete