facebook twitter googleplus instagram

Tuesday 5 November 2013

Autism 'kah'? 2

Assalamualaikum

Sambungan kisah kanak-kanak yang aku rasa dia ada dalam kategori ni. Tapi itu tak bermakna mereka harus ditinggalkan dalam arus perkembangan kanak-kanak normal. Tak salah kalau kita layan mereka macam biasa pun.

So, kanak-kanak kedua yang aku kenal di kejiranan.


Abu (bukan nama sebenar)

Abu dah darjah 2 dan bersekolah di sekolah biasa, tapi dia masih tak boleh bertutur dengan baik. Senang cerita loghat speaking dia sangat susah untuk manusia macam aku yang jarang balik rumah ni untuk faham apa dia cakap. Kadang-kadang aku kena take 30 minutes untuk otak aku hadam apa yang cuba dia nak sampaikan.

Abu tak ramai kawan berbanding dengan Ali. Bila aku duduk depan rumah petang-petang sibuk dengar mak jemah wifi bergosip.. hehehe. then ada jugak sekumpulan budak-budak bermain depan rumah, si Abu join. Tapi kehadirannya langsunglah tak dihiraukan.

Jadi sebagai makhluk yang concerned. Aku ajaklah dia duduk dengan aku, even aku kena ambil masa untuk tangkap apa dia cakap. Asalkan dia ada orang nak berborak dan atleast aku taklah sedih tengok budak tu dipersetankan oleh budak-budak normal tu. Hei! come on lah! dia nak main juga!

Konklusinya, semua manusia pun ada kelemahan masing. Ya, kelemahan Abu dan Ali ini mempengaruhi seluruh hidup mereka. Jadi sebagai yang sempurna dalam konteks ini, kita tak boleh terus ignored golongan ini. Sebaliknya kita boleh bantu cari jalan penyelesaian atau sebarang pendapat untuk pemulihan mereka untuk diusulkan kepada keluarga mereka.


p/s: setiap yang berlaku ada hikmah. semoga kita manusia lebih berkasih sayang



previous entri Autism 'kah'?




Pencicit,
annehanim




No comments:

Post a Comment