facebook twitter googleplus instagram

Thursday 7 November 2013

Call Me Mok

Assalamualaikum

Ini cerita seekor kucing.
His name is Mok.
Mok seekor kucing yang umurnya dalam lingkungan 6 tahun.
Bertubuh gempal dan berbulu lebat.

Okay, Mok! Jangan perasan. ni Bukan cerita kau sekor, ni cerita KITA okay. Hahaha..

Dan sebenarnya aku bukan peminat haiwan ni secara dekat tapi itu tak bermakna aku ni perlaku kekejaman. Sudah cukup sekadar untuk melihat dari jauh.

So, sedikit demi sedikit rasa concerned pada haiwan jenis ni semakin meningkatkan galaxy meter aku.
(AF Pulak!)

Apabila aku berjumpa dua orang manusia yang aku rasa, susah nak jumpa dewasa ini.


First person, we called Ibu Kucing.

Dia seorang yang sangatlah sayangnya kepada kucing, sehinggakan rumahnya juga selalu disinggahi kucing-kucing jalanan. Bila kucing-kucing singgah, dia layan sama kasta dengan kucing yang officially peliharaan dia. Jadi bila di hostel di jaganya pulak kucing dekat sana dan dia adalah seorang manusia yang first aku lihat menangis teresak-esak sebab kucing.


Second person, we called Abu Hurairah. 

Bagi aku dia adalah lelaki pertama yang aku tengok layan kucing macam awek dia. Ditimang-timangnya kucing tu. Dicium-ciumnya. Seseorang yang juga menangis pasal kucing sambil drive.Heee.

Cerita bermula bila Abu Hurairah nak cari tuan baru untuk Mok atas sebab dekat rumah dia terlalu banyak kucing dan dia serius memang tak sempat. Tambah pulak nak final. Then one day, dia buat moment dekat . wechat dan tak ada respon pun.

So, sebagai seorang yang concerned dengan kes Ibu Kucing yang baru sahaja kematian kucingnya akibat digilis tayar kereta. Lalu aku secara sukarelahatinya pun jadi middleman uruskan hak penjagaan untuk Mok.

Di sini lah aku nampak satu perasaan yang aku susah nak cakap. Di mana selepas Abu Hurairah bagi kucing pada that girl. Mok meronta-ronta nak keluar dari sangkar bila tengok Abu dah naik kereta dan hidupkan enjin bagai. Tuan baru tu pulak sedih jugak tak sanggup nak pisahkan mereka. Siap tanya where Abu Hurairah live? study? sebab nanti kot-kot kucing tu rindu, so boleh bawak jumpa Abu Hurairah.

Sampai macam tu sekali mereka boleh tahu perasaan kucing dan selepas seminggu. Nampaknya, Mok tak serasi then dia datang hari ni untuk pulang balik Mok pada Abu Hurairah.

Apa yang aku lihat lagi, Mok sangat lah senang nak handle masa nak masuk dalam sangkar. Abu Hurairah pun sangatlah gembira. So, mungkin Abu Hurairah yang terbaik untuknya.

Jadi, mungkin kita manusia yang tak dapat rasa perasaan haiwan-haiwan ni tak dapat tahu apa yang haiwan-haiwan ni rasa.

Ya, mungkin mereka ini akan buat kawasan rumah kita kotor, buat kita tak senang nak makan and else. But, Hei! atleast kita pun perlu lebih bertanggungjawab dan berperikemanusiaan terhadap mahluk ciptaan tuhan ini.

Kita boleh buat dengan cara baik bukan, macam cari kan tuan untuk kucing tu, hantar ke pusat aktivis haiwan atau hantar kucing tu jauh dari tempat kita. hehehe.. tak ada kejam sangat kalau nak dibandingkan 'hang' duk tusuk dia dengan tumit kasut hang yang tirus tu.


p/s: Alah! itu pun sebab aku alergic. consider arrr! Hahaha.



Pencicit,
annehanim


No comments:

Post a Comment