Friday, 13 December 2013

Ayah, Abah, Abi, Walid, Papa, Baba etc.

Assalamualaikum.

Malam semua.


Malam gelap bulan mengambang nak cerita pasal tajuk dekat atas tu.

Entri ni akibat dari kisah yang beberapa lama aku rasa sudah menghantui namun baru malam ni aku rasa terkesan.


walaupun dah umur angka 2 dekat depan pun, masih lagi perlu minta kebenaran dari ibu bapa kan? memang la kita dah cukup matang, dah boleh buat keputusan sendiri dan dah boleh jadi laki/bini orang. Jadi dalam bab ni biasanya apa-apa semuanya lebih kepada ayah yang buat keputusan.


Al-kisah seorang ayah yang protective tahap Kaspesky, Avira, Norton pun kalah!
Ini antivirus Superduper secured!
Tak boleh beli dekat mana2!


Drama sebabak

"Yah, kita orang plan nak pergi Genting Highlands."

"Hang nak pergi dengan sapa? Naik apa?"

"Budak bilik. Naik kereta sewa."

"Sapa drive? Semua pompuan je ke pergi?"

"Temah drive. Haah semua pompuan."

"Hang hati-hati. Jangan suka sangat."

Ni kira lepas dah separuh azab macam jawab soalan dalam bilik gelap dengan mentol seketul atas kepala. Ini lagi hebat punya penangan dari gabra akad nikah kot!

Hang rasa, hang dah lepas. Tapi hang tak tau apa maksud ayat terakhir beliau. Tup..tup..tup baru 3 minit end call. Beliau dah call lagi.

"Haaa! Hang naik kereta sewa tu cari yang elok sikit. Hang kena tau ni:


  • Tayar kena cukup angin, kiraan matrix/psy kena betul. 
  • air jangan lupa tengok ada tak, jangan bukak masa panas. Menyembur kena muka nanti, turun hantaran.
  • ait wiper pun check jugak
  • balik awal jangan dah malam baru nak balik. macam2 boleh jadi.
  • berhenti dekat R&R yang ramai orang.
  • Tayar spear jangn lupa check jugak.
  • Hang salin nombor balai polis berdekatan, kalau dah buntu sangat call 999. 
"Baik." (end call)


Hang tunggu 3 minit lagi. beliau call lagi.

"Hang habak kat kawan jalan nak pergi tu bersimpang siur. hati2."

"Baik. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."


Masa ni hang fikir beliau betul2 nak hang selamat pergi balik. Tapi kalau dah masuk sampai 5 kali call, itu maknanya beliau tak nak hang pergi!

Biasalah, fitrah mak ayah. Naluri mereka ni kuat. Kalau mereka kata jangan, maka janganlah. Tapi kalau mereka kata jangan, maka hang pun buat. Wow! tak berani cakap arrr.

Nak dijadikan cerita. Esoknya tu Jenab dapat tahu bahawa ada satu kemalangan tragis berlaku di Genting Highlands, di mana bas genting yang duk dekat pekeliling angkut orang naik genting tu! terjunam ke bawah bukit. 

Hamek! masa tu baru hang tau langit tinggi ke rendah.



Pengajaran dari kisah. Dengar cakap ayah hang! beliau adalah lelaki yang memang superduperpower!


Apa pun yang berlaku. Seteruk mana pun beliau, beliau tetap ayah.









Pencicit,
annehanim



No comments:

Post a Comment