Wednesday, 6 November 2013

Hutang Bayar Hutang... Keliling Pinggang!

Assalamualaikum.

Sebut pasal hutang. Mesti semua orang ada pengalaman pasal hal ni. Kita berniat untuk membantu mereka yang berkenaan ini tetapi lain pulak jadinya.

Biasanya lah mesti jadi macam ni, kan? Terutamanya selalu membelenggu kaum hawa.

Kaum Hawa ni seperti yang semua tahu fitrah mereka ialah pemalu dan selalu berkrisis (kot..). Kadang-kadang aku sendiri,yang perempuan ni pun terfikir. Apalah kepelik sangat aku ni sebagai perempuan? Kenapa tak mudah macam lelaki dan sampai sekarang aku tak dapat jawapan atau mungkin jawapannya memang tak ada pilihan lain, iaitu FITRAH.

So, ini situasi bila PEREMPUAN BERHUTANG.

Selalunya dalam situasi Kaum Hawa ni. Mengikut apa yang aku selalu nampak. Si pemberi pinjam ni pulak yang kena minta bayar balik duit pinjaman.

Jaranglah ada yang jenis selamba je mintak. mesti malu punyalah dan ada yang rasa takut sebab nanti mesti kawan kita tu fikir bukan-bukan pasal kita.

ATAU mungkin tak minta langsung, sebab malu sebab takut. Kalau 2 hengget tak apa ini sampai 50 hengget
apa cer kak tem?

Ada pulak yang segelintir meminta untuk diingatkan pasal duit pinjaman tu. Walaupun macam tu tetap juga si  pemberi pinjam tuada rasa malu. Yalah, gaya dah macam Along pulak kan.


LELAKI punya cara senang. Ini aku minta pendapat dari seorang kawan aku. Dia kata cara dia macam ni and setakat ni berkesan lah.

Ahmad: Ali pinjam dut 30 boleh?

Ali       : Boleh tapi aku nak tanya kau.

Ahmad: Apa?

Ali      :  Nanti nak bayar aku cari kau atau kau cari aku?

Ahmad: err...

Konklusinya, dah pinjam pandai-pandailah membayarnya. Kesian dekat kawan-kawan kita tu, dia duk fikir kita tak cukup duit or apa-apa je lah.

Mungkin kita terlupa atau mungkin ada yang buat-buat lupa. Sebagai peminjam kau orang dan aku sendiri patut tahu bila patut pulang dan buatlah catatan untuk mengelak dari terlupa.

walaupun anda miskin dengan membayar hutang adalah lebih baik dari anda mati dalam behutang

Seorang hamba muslim yang membayar hutang saudaranya maka Allah akan melepaskan ikatan penggadaiannya pada hari kiamat. 
(HR. Mashabih Assunnah)






Pandai-pandai anda nilai.




Pencicit,
annehanim





2 comments: