facebook twitter googleplus instagram

Wednesday 27 November 2013

Pilihan Raya Universiti

Assalamualaikum

Topik hari ni kita cerita pasal pilihan raya universiti. Semalam telah berlangsung sesi pembentangan manifesto setiap calon dan hari ni telah berlangsung pula sesi pembuangan undi. Aku dah mengundi, bukan undi rosak, bukan juga pengundi hantu.

Jadi macam biasa lah. Bila dah ada pilihan raya, maka ada bermacam-macam propaganda mereka dan antaranya:

Saya di sini untuk anda

Denyutan nadi anda, saya dengari

Hospitality is our priority

Nak ulas dekat sini, bahawa propaganda dengan ayat 'superpower' tidak menentukan kemenangan tetapi sejauh mana pengundi percaya dengan manifesto calon yang berpontensi untuk dicapai hingga ke akhirnya.

Seterusnya, jangan nanti bila dah menang. Manifesto entah ke mana, propaganda entah ke mana. Ini yang kita tak mahu, kerana terdapat segelintir bakal pemimpin yang hanya menjadikan propaganda dan manifesto sebagai alat memancing undi dan untuk mendapat publisiti.

Terakhir, apabila sudah menang nanti juga. Jangan sombong dengan mahasiswa, jangan buat komuniti pula untuk mereka yang berjawatan dan jangan menidakkan sesuatu tanpa usul periksa.

Itu saja ulasan dari pencicit.

Pencicit
annehanim

2 comments: