facebook twitter googleplus instagram

Monday 4 November 2013

Autism 'kah'?

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah 1435

So, hari ni sebagai manusia yang concerned tentang kanak-kanak. Aku rasa terpanggil untuk mengulas tentang dua orang kanak-kanak yang aku kenal di perumahan.

kedua-dua mereka ini pada fizikalnya normal, menjalani hidup macam kanak-kanak lain, pergi sekolah, makan tak bersuap, sempurna untuk join kanak-kanak lain bermain.

Cuma dari segi yang kita tak nampak, mereka ini ada kelainan dari kanak-kanak lain. Aku tak berapa pasti untuk mengelaskan mereka dalam golongan 'autism'.


Ali (bukan nama sebenar)

Ali yang aku kenal ni, dia seorang yang sangat peramah. Peramah? sebenarnya banyak cakap... hahaha.. pot pet pot pet.

Ali ni berkawan dengan adik aku. Mereka satu kelas tapi Ali ni ada satu kepelikan yang budak lain tak ada, tapi dia ada.

1) Dia ni suka cakap menjerit-jerit. setiap apa yang keluar dari mulut dia, mesti dalam intonasi menjerit.

2) Lagak macam cakap macam orang tua berzaman.

3) Tak hirau arahan orang.

Jadi dari segi pemerhatian aku dengan sesuka hati aku mind set yang dia ni budak autism yang dah transform menjadi budak hyperactive sebab mengikut cerita mak jemah wifi dekat perumahan aku ni.

Dulu si Ali ni langsung tak boleh bercakap, dah masuk tadika pun masih tak boleh. cikgu dah ajar banyak kali pun tak boleh. Mak jemah wifi pulak ada kata yang mak ayah Ali dah usaha macam-macam.

Jadi usaha mendatangkan hasil, maka bercakaplah Ali dewasa ini. Alhamdulillah, mak ayah mana yang tak berbahagia dengan perkembangan Ali sekarang.

Cuma itulah masalahnya, cara dia tak menyenangkan semua bebudak dekat sekolah. Baru-baru ni adik aku balik muncung macam penyangkut baju disebabkan hal bebudak ni.

Sebagai mak aku yang lagi tahu cerita pasal si Ali ni, adik aku mengadu domba bagai pun tak guna. Mak aku just boleh cakap 'sabarlah,dik. Ali tu nak bergurau je.'

Konklusinya, setiap usaha pasti ada ganjaran. Sekurang-kurangnya Ali dah boleh bercakap. Mungkin masalah yang selebihnya perlu untuk diberikan treatment lagi buat Ali.

Pada sesiapa yang boleh share pasal masalah Ali ni atau anda tahu penyelesaian untuk kes Ali atau apa sahaja yang berkaitan dengan Ali. drop your comment, okay beb.

Next entri aku akan sambung cerita Abu pulak.

p/s: terlebih chromosome kot


Pencicit,
annehanim








No comments:

Post a Comment