facebook twitter googleplus instagram

Saturday 7 December 2013

1 Kejahilan tidak patah dengan Infiniti Kebaikan

Assalamualaikum.

Happy Sunday.

Alhamdulillah, syukur. Hari ni lokasi aku tidak hujan, langit hitam tidak kelihatan, sesekali matahari menjengah dan renyai juga tidak bertamu.

In Shaa Allah, esok aman ke kelas seperti biasa.

Jump to the title for today.

Bukan nak cerita pasal infiniti cinta, tapi nak cerita pasal lain yang ramai orang tak sedar atau mungkin sedar tapi buat-buat tak sedar.

Nampak tajuk atas tu?

Jadi apa makna infiniti?
Infiniti ialah:


  • Tiada batasnya, unlimitedness, growing without limits or bounds, uncountable numerical value, tiada kesudahan, tiada maksima dan tiada penghujungnya. bla...bla...bla

Mari kita berfikir sejenak, kuasa satu kejahilan atau kesalahan yang pernah kita lakukan. 
Adakah kesalahan itu akan di simpan dalam hati si polan atau 
dipersetankan saja tanpa orang yang bersalah itu meminta maaf dan tidak kurang juga yang tidak meminta maaf?

Majoriti manusia yang pernah dilakukan sebegini tidak pernah melupakan sesuatu perkara yang buruk itu. Maka mulalah jadi macam ni:

  • tak pernah bertegur lagi, walau satu masa dulu ke hulu hilir macam belangkas
  • nak pandang pun tak mahu

Sebenarnya mereka lupa bahawa banyak kebaikan yang telah dilakukan oleh sesorang itu terhadapanya. Namun kerana satu kesalahan, seseorang itu dipulau dan dipersetan.

Jadi, kadang-kadang aku tak faham. Kenapa orang senang saja cakap ayat ni:

  • 'Biasalah, manusia tu tidak lari dari berbuat kesalahan.'
  • 'Nobody perfect 10, okay!'
  • 'Aku bukan malaikat'

(Habis tu kalau hang dah tahu manusia tu tak sempurna? Awat hang tak maaf kan dia je dan hidup macam biasa?)

Itulah norma kehidupan manusia, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Jadi hari ini, pesanan untuk diri sendiri juga untuk ke arah yang lebih baik. 
Apa kata, kalau kita berfikiran positif, bersangka baik terhadap orang lain dan buat jalan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.


macam mana aku tahu?
sbb aku bukan alien.


Pencicit
annehanim





4 comments: