facebook twitter googleplus instagram

Wednesday 20 November 2013

Anda marah, anda parah. Beware!

Assalamualaikum.

Hamboi! Tajuk kak tem tak nak kalah.

Okay, kita terus kepada realiti cerita pepagi buta ni iaitu marah. Semua orang pun pernah marah dan mungkin juga ada yang tak pernah marah. (Alien kot..)

Setakat aku hidup ni, banyak juga aku tengok orang marah secara terbuka khususnya.

Semua pun tahu marah itu dari syaitan yang dilaknat. Apabila ,membara maka terhamburlah kata-kata seperti berikut:

"What the fish!"

"Awat mak bapak hang tak ajar ke?!"
(Habis hang cakap lagu ni, mak bapak hang ajar ke?)

"My middlefinger so damn fuckin...(hang mencarutlah sorang2)"

Come on lah! Hang duk protest macam dekat atas ni, hang ingat masalah boleh selesai.

Ini akan tambah parah kalau si pemarah atau mungkin kita sendiri yang marah, telah menghamburkan kata-kata yang berkait rapat dengan si polan yang telah menerima hamburan itu. Jadi itu bagaikan simbah minyak dekat api. Amekaww!

Lagi satu, marah juga akan memberi kesan kepada penurunan publisiti anda. Mungkin bila kawan-kawan dapat tengok dan dengar keadaan anda ketika marah. Mereka juga akan takut untuk mendekati anda atau kebarangkalian untuk hilang respect terhadap anda itu ada.

Mengikut apa yang aku observed, tak ramai yang bijak mengatasi amarah ni. So, dekat sini aku kongsi cara tangani kemarahan. Antaranya ialah:

Dalam Islam:
Mengubah posisi. Nabi Muhammad  S.A.W bersabda, jika marahnya seseorang itu dalam keadaan dia berdiri, maka duduklah, jika masih marah maka berbaringlah.

Diam. Sabda Rasulullah S.A.W, "Ajarilah, permudahlah dan jangan menyusahkan. Jika ada di antara kalian yang marah, maka berdiam lah." So, sebab apa diam? Jawapannya kerana kebiasaannya si pemarah mungkin akan bercakap sesuatu yang mencetuskan perselisihan (mcm ayt kat ats tu.)

Last but not least, Berlindung kepada Allah S.W.T. caranya ialah dengan menyebut " A'uudzu billah." Maksudnya, Aku berlindung kepada Allah S.W.T.

Kesimpulannya, marah tak akan buat masalah selesai dan marah juga tidak elok untuk kesihatan dan yang paling penting marah juga akan menjejaskan perhubungan anda dengan mereka yang terdekat.

Pandai-pandai anda nilai

Pencicit,
annehanim

8 comments:

  1. marah kene kuat2.. nnt org tak tahu pulak dia tgh marah.. huhu.. padahal dia tak tahu yg dia dah malukan diri sendiri.. betul tak..

    ReplyDelete
  2. Betul2. Lagi2 kalau orang yg tgh mrh tu ialah seseorang yg famos amos gitu, mmg mcm2 tanggapanlah org bg.

    ReplyDelete
  3. hihi....jangan marah 2 cik akak sudah...
    maklumlah cik akak baru kali pertama singgah sini....

    ReplyDelete
  4. betul2. kalo marah kena ikut cara nabi tu. ubah posisi.

    ReplyDelete